product

Saturday, January 2, 2010

Buta-IT.Com



Hadiah buat anda sempena tahun 2010


Salam Sejahtera,

Saya pasti anda semua sedang berehat menikmati cuti pada hari sabtu dan ahad ini.

Seperti yang dijanjikan, saya akan memberikan sesuatu kepada anda berkenaan dengan Poll Forum Buta-it tempoh hari.

Pada asalnya, saya ingin memberikan sebuah script kedai online, malangnya, script itu tidak dapat diguna pakai, hampa sekali saya. Sebagai pengganti, saya ingin berkongsi dengan anda 2 buah ebook yang mungkin agak lama tetapi mempunyai ilmu yang anda perolehi.

Selamat membaca

Who’s There (right click dan save as)

Viral Marketing (right click dan save as)


Selamat Tahun Baru 2010


Salam sejahtera kepada rakan-rakan buta-it,

Apa khabar semua? Buta-it kebelakangan ini agak sibuk dengan beberapa projek. Apa pun, Buta It ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010.

Di sini saya ingin membuat pengumuman,

  1. Poll Forum - Saya dapati ramai yang inginkan saya membuka sebuah forum, dan ianya akan dibina dalam waktu terdekat ini, ada juga komen yang mengatakan bahawa sudah terdapat banyak forum yang serupa dan lebih bagus. Saya akan pastikan forum buta-it akan membawa sedikit kelainan. Sebarang Komen dan cadangan adalah dihargai. (Sila komen di sini)
  2. Hadiah sempena Tahun baru 2010 - Hadiah sudah disediakan cuma masih dalam testing phase lagi, supaya anda semua akan dapat sesuatu yg berharga dan boleh digunakan. (Saya berikan secara percuma sahaja) Berikan saya sedikit masa untuk testing produk ini.
  3. Buta-IT ingin mengembangkan sayap - Kami bukan ingin terbang tetapi sebaliknya ingin mengembangkan nama, servis, produk, website, blog, forum, dan apa-apa sahaja yang dapat membuahkan hasil kepada anda semua.
  4. Visitor luar negara - Sejak beberapa bulan ini, terdapat ramai pelawat dari luar negara masuk ke blog buta-it, saya kurang pasti sama ada mereka adalah orang Malaysia sendiri atau pun orang negara mereka. Apa pun, selamat melawat dan berikan komen anda juga! (Ada google translator - so mereka dapat membaca dengan senang dalam bahasa mereka)





No comments:

Post a Comment